Jualan buku serendah RM2

Iklan
Al-Quran antara naskhah yang sentiasa mendapat sambutan hangat daripada pengunjung Jualan Gudang Karangkraf.

SHAH ALAM - Jualan buku serendah RM2 antara tawaran menarik yang disediakan untuk pengunjung Jualan Gudang Karangkraf pada 31 Ogos hingga 10 September ini.

Ketua Pegawai Operasi Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd, Izzat Izhar Muhammad Nasir berkata, pada jualan gudang kali ini Karangkraf menawarkan penjualan lima buku pada harga RM10.

Iklan
Iklan

"Maknanya, harga satu buku itu adalah serendah RM2. Jadi diharap orang ramai tidak melepaskan peluang berharga ini kerana ia sangat berbaloi,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Izzat Izhar

Menurutnya, Jualan Gudang Karangkraf kali kedua tahun ini juga dijangka lebih meriah kerana bakal tampil dengan 100 naskhah buku baharu yang menanti pengunjung.

Iklan

"Sebanyak 40 peratus daripada koleksi baharu tersebut adalah terbitan buku kanak-kanak manakala yang lain terdiri daripada novel, buku seram, buku agama dan banyak lagi.

"Ada juga buku trending (laris) di aplikasi Tik Tok iaitu ‘Belajar Menulis Mushaf Al-Quran’ yang sudah terjual hampir 30,000 naskhah sejak ia diterbitkan.

Iklan

"Buku ini membantu pembaca dari segi mempelajari kemahiran penulisan al-Quran. Jadi latihan itu secara langsung dapat memberi kesan penyembuhan kepada mental dan fizikal,” katanya.

Beliau berkata, selain jualan buku dan al-Quran turut diselitkan aktiviti menarik untuk kanak-kanak seperti pertandingan mewarna.

"Kalau tengok komen-komen di media sosial, kebanyakannya teruja dan tidak sabar untuk datang ke Jualan Gudang ini kerana mereka tahu akan dapat banyak buku-buku menarik dengan harga berpatutan, malah lebih rendah daripada pasaran.

"Begitu juga dengan al-Quran yang dijual di Jualan Gudang kali ini di mana pengunjung dapat membelinya dengan tawaran harga istimewa,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Izzat Izhar, persiapan untuk program tersebut sudah melebihi 90 peratus dan dijangka siap sepenuhnya hari ini.

"Dari segi pemasangan kelengkapan, hiasan, barang-barang dan susunan produk itu semua sudah diselesaikan,” ujarnya.