SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menasihatkan peniaga-peniaga bazar Ramadan agar memastikan harga juadah yang dijual adalah munasabah.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, selain menjaga aspek kebersihan, harga juadah juga memainkan peranan untuk menarik pelanggan.