Air Selangor disaran lakukan penambahbaikan

Iklan
Air diagihkan oleh Air Selangor di kawasan terlibat gangguan bekalan air.

KLANG - Air Selangor disaran melakukan beberapa penambahbaikan dalam soal penghantaran air ke kawasan terlibat dalam gangguan bekalan air.

ADUN Sentosa, G Gunaraj berkata, sememangnya perlu beberapa penambahbaikan melibatkan penghantaran air dan jumlah lori tangki.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penghantaran air misalnya adakalanya mengambil masa yang lama dan beliau tidak salahkan staf Air Selangor dalam melaksanakan tugas, yang perlu ditambah baik adalah dari segi prosedur operasi standard (SOP).

"Jumlah lori tangki sebanyak 72 buah memang tak mencukupi, sudah masuk hari keenam, ia boleh dikatakan sebagai bencana.

"Kita memerlukan SOP yang benar-benar berkesan, jadi dari segi jumlah lori tangki perlu ditambah," katanya.

Iklan

Air diagihkan oleh Air Selangor di kawasan terlibat gangguan bekalan air.

Katanya lagi, dalam soal ini, bantuan daripada pelbagai agensi lain serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) amat diperlukan.

Iklan

"Setakat ini, hanya Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Tentera Malaysia turun membantu, sepatutnya lebih banyak lagi agensi atau PBT lain yang datang menghulurkan bantuan," katanya.

Jelasnya, untuk kawasan Sentosa setakat ini hampir 25 peratus belum menerima bekalan air.

"Buat masa ini, saya dan pasukan akan hantar air ke rumah-rumah yang mana memerlukan, kami buat sedaya yang termampu.

"Dan masa sama, lori jumbo masih lagi terdapat di Pusat Khidmat Setempat Taman Rakyat, Sungai Kandis yang terletak berhampiran dengan Sentosa dan sehingga hari ini memang ada air yang disediakan," katanya.