Wanita China buang bayi dilahirkan dalam lif di tong sampah

Iklan
Seorang wanita yang membuang bayi masih hidup dalam tong sampah - Agensi

BEIJING - Seorang wanita tergamak membuang bayi yang dilahirkannya ke dalam tong sampah di sebuah apartment ketika dia sedang bercuti pada 21 Ogos lalu di Chongqing, China.

Perbuatan kejam wanita itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Iklan
Iklan

Rakaman video menunjukkan wanita itu memakai pakaian 'overall' dan membongkok di satu sudut dalam lif dan kemudian mengeluarkan bayi dari pakaiannya.

Kemudian, dia menggunakan kertas tisu mengelap darah bayi di kasut dan lantai lif tersebut.

Iklan

Selepas lif berhenti di tingkat bawah, dia mencampakkan bayi itu dalam tong sampah di lobi bangunan dan kemudian menghilangkan diri.

Sehingga waktu malam, bayi yang masih hidup berjaya ditemui penduduk dan bergegas menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

Seorang kakitangan hospital yang enggan dikenali berkata, bayi tersebut telah dibenarkan keluar selepas beberapa hari mendapat rawatan dan diserahkan kepada wanita itu serta pasangannya.

Polis daerah memberitahu akhbar tempatan, Qilu Evening News bahawa bayi itu sihat dan disebabkan privasi mereka enggan berkongsi maklumat lanjut.

Insiden tersebut telah mencetuskan kemarahan di platform media sosial di China yang menggelar wanita itu tidak berperikemanusiaan yang sanggup membuang anak kandung sendiri. - Agensi