Dasar GEG New Zealand bukan pendekatan terbaik untuk Malaysia - MSHR

Iklan
(Dari kiri) Dr Arifin Fii, Presiden Pusat Advokasi Rawatan Ketagihan Lanjutan; Dr Sivakumar Thurairajasingam Profesor Madya (Amalan) dalam Psikiatri, Universiti Monash Malaysia; Dr Sharon Cox Principal Research Fellow, University College London, United Kingdom; Dr Marewa Glower Pengarah, Pusat Kecemerlangan Penyelidikan: Kedaulatan Orang Asli & Merokok, New Zealand; Profesor Dr Mohamad Hussain Habil, penasihat MSHR; dan Profesor Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, Pengerusi MSHR (luar peringkat) pada Persidangan Pengurangan Kemudaratan 2023.

SHAH ALAM - Dasar Generasi Penamat (GEG) yang diambil dari New Zealand bukan pendekatan terbaik untuk Malaysia pada waktu ini.

Pengerusi Malaysia Society For Harm Reduction (MSHR), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, pengguna tidak mempunyai banyak alternatif untuk beralih kepada produk yang kurang memudaratkan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, GEG yang menyeluruh terhadap tembakau boleh menyebabkan kewujudan produk terlarang dan mencabar penguatkuasaan undang-undang.

"Malangnya kandungan vape belum dikawal dengan betul dan mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Iklan

"Pembuat polisi boleh mengesyorkan pendekatan lebih selamat dan menggalakkan perokok tembakau berhenti merokok dengan beralih kepada alternatif saintifik yang kurang memudaratkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, beliau yang juga Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pakar Ekonomi Kesihatan dari Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, penyakit tidak berjangkit (NCD) yang menyebabkan kenaikan kos perubatan boleh dicegah melalui gaya hidup yang lebih sihat.

Iklan

Ujarnya, ketagihan sama ada tembakau dan alkohol memerlukan perubahan dasar pelbagai sektor bagi menangani isu tersebut.

"Langkah sedemikian agak rumit dan mesti diletakkan dalam konteks tiada pendekatan yang sesuai untuk seluruh komuniti.

"Pandemik Covid-19 membuka ruang baru untuk penggunaan analitis data dan teleperubatan dalam pengurusan NCD yang berpotensi meningkatkan penjagaan perubatan lebih holistik,” katanya.