Al-Qalam bersama media rai golongan asnaf

Iklan
Sumbangan disampaikan kepada golongan memerlukan pada program Sentuhan Kasih bersama unit berita RTM dan Sinar Harian di Kampung Tengah B, Batu 13 di sini semalam.

PUCHONG - Pertubuhan Sentuhan Kasih Al-Qalam (Al-Qalam) Malaysia rai golongan asnaf dan kurang mampu dalam program sentuhan kasih di pusat rawatan itu semalam.

Program yang diadakan bersama unit berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Sinar Harian bertujuan meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik.

Iklan
Iklan

Presiden Al-Qalam Malaysia, Datuk Seri Dr Baharudin Abu berkata, sumbangan ini disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

"Ia merupakan program yang cukup bertuah bagi Al-Qalam sendiri apabila kita mengadakannya bersama RTM dan juga Sinar Harian kali ini.

Iklan
Baharudin menyampaikan sumbangan dan berbual dengan penerima pada program Sentuhan Kasih bersama unit berita RTM dan Sinar Harian di Kampung Tengah B, Batu 13 di sini semalam.

"Dalam program ini, kita sampaikan sumbangan kepada 77 asnaf dan golongan memerlukan berupa wang tunai dan produk daripada Al-Qalam sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian pada program Sentuhan Kasih bersama unit berita RTM dan Sinar Harian di Kampung Tengah B, Batu 13 di sini.

Iklan

Katanya, walaupun sumbangan ini tidak seberapa, ia setidaknya dapat meringankan bebanan penerima.

"Alhamdulillah, kita harapkan apa yang kita sampaikan ini dapat memberikan keceriaan kepada penerima menghadapi Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.

Serahan bubur lambuk turut disampaikan oleh personaliti RTM kepada orang ramai.

"Masa sama, kita turut mengadakan program serahan sebanyak 1,500 bubur lambuk kepada orang ramai," katanya.

Turut hadir sama dalam program ini adalah penyampai-penyampai berita RTM.

Hadir sama merasmikan majlis adalah Pengarah Berita Ehwal Semasa, Che Rohana Che Omar.