Umur hampir 80 tahun tak halang sertai Malaysia #QuranHour

Iklan
Maznah akui mula mengikuti Malaysia #QuranHour sejak tahun 2017.

PUTRAJAYA - Walaupun usia sudah mencecah hampir 80 tahun, ia bukan penghalang untuk turut bersama-sama menyertai program Malaysia #QuranHour yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menurut Maznah Ishak, 79, dia mula mengikuti program berkenaan sejak tahun 2017 kerana baginya pengisian acara itu merupakan persediaan dan bekalan bagi menghadapi kehidupan selepas mati.

Iklan
Iklan

"Biasanya saya mengikuti program ini secara dalam talian dan ada beberapa kali turut bersama-sama secara fizikal. Sebagai seorang yang sudah lanjut usia, majlis seperti ini merupakan ‘peneman’ setia hari-hari saya.

"Boleh saya katakan bahawa setiap hari, saya akan melayari laman web Sinar Harian untuk melihat semula episod-episod terdahulu supaya tidak terlupa tentang ilmu yang disampaikan,” katanya ketika ditemui di sini pada Rabu.

Iklan

Tambah Masnah, kehadirannya pada hari ini ditemani oleh ahli keluarga.

Katanya, dia sentiasa mengajak anak-anak dan cucu untuk bersama-sama mengikuti Malaysia #QuranHour kerana ia mengandungi ilmu kehidupan yang boleh diterapkan seumur hidup.

Iklan

"Pembentukan peribadi yang baik adalah bermula daripada pendedahan al-Quran dan lebih baik sekiranya kalau kita dapat memahami makna di sebalik setiap surah kerana ia ada pengajaran yang tersendiri.

"Sebagai seorang yang sudah lanjut usia, saya ingin menasihati anak-anak muda untuk turut melibatkan diri dalam program ini. Anak muda pada hari ini sepatutnya bersyukur kerana kebelakangan ini banyak program agama diterbitkan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Malaysia #QuranHour berlangsung hari ini

Malaysia #QuranHour: Orang ramai mula banjiri Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Malaysia#QuranHour: Jadikan al-Quran sebagai tonggak utama kehidupan

Malaysia #QuranHour medium generasi muda dekati al-Quran

Tidak pernah terlepas sertai program #QuranHour

Erma Fatima teruja sertai Malaysia #QuranHour kali pertama

20,000 peserta sertai Malaysia #QuranHour

Sokong penekanan agama dalam urusan pentadbiran

Malaysia #QuranHour platform terbaik tarik anak muda dekati al-Quran