Rakyat Malaysia perlu bersatu hati hadapi cabaran baharu - Azmin

Iklan
Mohamed Azmin

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia perlu bersatu hati dan tenaga bagi menghadapi cabaran baharu dengan membina muafakat demi umat serta negara.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Mohamed Azmin Ali berkata, perjuangan suci itu perlu menjadi inspirasi kepada anak watan Malaysia untuk terus bangkit mempertahankan kedaulatan dan kemakmuran negara.

Iklan
Iklan

"Masa berlalu dan negara berdepan dengan pelbagai cabaran baru. Kita berdepan dengan pembela nilai budaya asing yang bersekongkol dengan kedurjanaan dan meruntuhkan tamadun umat.

"Kita juga berdepan dengan kakistokrasi yang gagal mengisi kemerdekaan dengan prinsip perjuangan yang luhur dan ikhlas serta tenggelam bersama kekuasaan sehingga ekonomi punah menyebabkan rakyat gelisah.

Iklan

"Akibatnya gelombang rakyat memuncak dan menuntut dimerdekakan daripada tangan-tangan perosak. Maka, marilah kita rakyat Malaysia, bersatu hati dan bersatu tenaga, membingkai muafakat demi umat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah Azmin, Hari Kemerdekaan yang ke-66 tahun ini adalah detik untuk kita mencipta sejarah dengan menggilap semangat moral yang jitu demi Malaysia gagah dan bersatu.

Iklan

Ujarnya, pemimpin perlu memberi tumpuan terhadap rakyat dengan memacu pertumbuhan ekonomi yang lestari bagi melonjak kehebatan daya saing negara di peringkat rantau dan global.

"Kita perlu mempercepatkan pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 bagi menjamin masa depan yang harmoni untuk rakyat Malaysia,” katanya.