‘Mengisi merdeka itu jauh lebih sukar’ - Tun M

Iklan
Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat anak muda pada masa kini menyambut merdeka dengan sorakkan dan kegembiraan sedangkan pengisian tersebut jauh lebih sukar untuk difahami.

Menurutnya, apa yang dikecapi negara pada masa ini tidak dinikmati rakyat sebelum merdeka.

Iklan
Iklan

"Apa yang ada hari ini tidak seperti sebelumnya. Apakah kemuliaan dapat dipertahan selamanya?

"Akan terpinggirkah bangsa? Akan terlepas lagikah Tanah Air kita?" katanya dalam satu hantaran puisi dan video di Facebook pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, merdeka bermaksud bebas, tidak terkurung dan terlepas daripada dibelenggu pihak asing dan ia memerlukan perjuangan yang panjang.

Ujarnya, tanpa perjuangan masyarakat terdahulu pasti sukar untuk mencapai kebebasan seperti hari ini.

Iklan

"Kekuatan Tuah dan jiwa berontak Jebat tidak padam dek zaman. Mengalir deras bersama pejuang Melayu daripada Mahajara Lela ke Tok Janggut, Datuk Bahaman dan Mat Kilau.

"Begitu juga Tunku Kudin yang syahid.Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak penyambut perjuangan. Kita sambut merdeka sebagai tanda kita tidak lagi dijajah,” katanya dalam satu hantaran video di Facebook pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kemerdekaan yang dibayar dengan darah, keringat dan air mata telah membebaskan negara daripada terus ditindas.

Jelasnya, selepas mengecapi kemerdekaan Malaysia berjaya menjadi negara yang cemerlang dan membangun dengan lebih pesat.

"Kita bebas tentukan hala tuju kita. Kita bergabung dan tubuh Malaysia dan bertanggungjawab kepada negara kita, kepada rakyat kita.

"Kita bangunkan negara dan berjaya. Maka aman dan damai kita bangunkan negara dengan pesat. Kita digelar Harimau Asia. Merdeka,” katanya.