Anak kucing tak sengaja 'mengembara' lebih 800km naik teksi

Iklan
Anak kucing terperangkap dalam jeriji depan teksi (kiri) dan Hutchings bersama kucing diberi nama Gizmo. - Foto Agensi

SOUTH WALES - Seekor anak kucing telah mengejutkan seorang pemandu teksi semasa melakukan perjalanan 'secara tidak sengaja' sejauh 804 kilometer (km) selepas terperangkap dalam jeriji depan kenderaan tersebut.

Pemandu teksi, Tom Hutchings, 32, dari Tonyrefail, Rhondda Cynon Taf, United Kingdom (UK) memberitahu Sky News bahawa dia sangat terkejut apabila menemui haiwan jinak itu terperangkap di bahagian depan teksi miliknya.

Iklan
Iklan

"Hampir 10 minit saya memikirkan bagaimana mengeluarkan anak kucing itu.

"Malah, sehingga hari ini saya hairan bagaimana ia boleh masuk hingga terperangkap dalam jeriji teksi ketika melakukan perjalanan sangat jauh ini," katanya.

Iklan

Hutchings percaya bahawa kucing itu sudah 'mengembara' mungkin lebih 800km dan dia menyedari keberadaan haiwan itu pada waktu pagi semasa hendak menghidupkan teksinya.

"Lazimnya saya memandu teksi melebihi 800km untuk mengambil dan menurunkan penumpang dan ia sangat mengejutkan kucing itu masih hidup walaupun terperangkap dalam jeriji selain berdepan enjin panas," tambahnya.

Iklan

Menceritakan lanjut, Hutchings berkata, semasa mengeluarkan kucing itu, tangannya dicakar haiwan tersebut.

"Kucing diberi nama Gizmo berasal dari daerah Miskin dan saya sudah lama tidak pergi ke sana. Kemungkinan dia sesat dan menyelit masuk dalam jeriji teksi saya," katanya.

Kucing tersebut akhirnya diserahkan kepada pemiliknya selepas doktor merawat haiwan tersebut memberitahu ia hilang selama seminggu. - Agensi