Guna teknologi ASB ternak udang kara air tawar

Iklan
Arifin (kiri) dan Awang Ghani (kanan) melepaskan spesies udang kara air tawar

SHAH ALAM - Sekumpulan penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) dan guru-guru Sekolah Kebangsaan (SK) Tobobon, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah menjalankan penyelidikan teknologi advanced semi biofloc (ASB) secara bersama untuk menternak udang kara air tawar.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof Dr Arifin Abdu berkata, penyelidikan selama empat bulan itu adalah di bawah program pemindahan ilmu melibatkan 11 pelajar UPM.

Iklan
Iklan

Menurutnya, SK Tobobon pula merupakan sekolah kebangsaan pertama di Sabah menternak udang spesies tersebut.

"Teknologi ASB hasil penyelidikan oleh pelajar UPM dan sekolah ini, telah dijalankan selama empat bulan dari segi rawatan air, spesifikasi saiz kolam, ternakan bakteria baik, mineral penting dan pengudaraan air agar ternakan udang kara air tawar sihat dan mencapai tumbesaran yang dikehendaki.

Iklan

"Saya yakin jika projek sulung ini berjaya, model ini akan dikembangkan ke sekolah-sekolah lain selepas ini supaya pelajar UPM boleh memindahkan ilmu bersama komuniti seperti yang dihasratkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, universiti membentuk mahasiswa menjadi pemimpin pelapis yang prihatin dan cakna terhadap permasalahan komuniti melalui pemindahan ilmu dan khidmat komuniti untuk menjayakan kerangka Ekonomi Madani.

Program pemindahan ilmu melibatkan sekumpulan penuntut UPM dan guru-guru SK Tobobon, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah dengan menjalankan penyelidikan teknologi ASB secara bersama untuk menternak udang kara air tawar.

Iklan

Katanya, 11 pelajar UPM yang terlibat diwakili oleh Majlis Perwakilan Luar Kampus UPM dan Majlis Perwakilan Pelajar UPM dengan kerjasama Bahagian Perumahan dan Penempatan (BPP) UPM.

Dalam pada itu, Ketua BPP, Mohamed Shukri Mohamed Noor berkata, kepakaran UPM dalam penternakan akuakultur dan pertanian mampu membantu komuniti lain di Sabah dengan lebih luas lagi.

"Sebuah kolam udang kara seluas 20x15 kaki ini boleh meletakkan benih udang sebanyak 1,000 ekor.

"Hasil ternakan yang dewasa pula boleh mencapai berat 50 kilogram," katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Tobobon, Awang Ghani Awang Bakar berkata, kolaborasi UPM dapat membantu pihak sekolah yang berdepan masalah dari segi penyakit dan tumbesaran ternakan.

"Saya juga bersyukur kerana khidmat komuniti daripada BPP UPM telah sudi memilih sekolah kami untuk membaik pulih kolam ternakan udang kara dari segi spesifikasi yang sesuai,” katanya.