KUALA LUMPUR - Perpaduan berbilang kaum ialah kunci utama kepada keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menerusi hantaran melalui Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka bertitah ia bersesuaian dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini iaitu"Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”.