Otai Djokovic masih berbisa

Iklan
Djokovic - Foto AFP

PEMAIN sensasi, Novak Djokovic berada dalam kelas tersendiri mara ke pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat (AS) setelah menewaskan pemain Sepanyol, Bernabe Zapata Miralles straight set awal pagi Khamis.

Pilihan kedua dari Serbia itu memburu gelaran Grand Slam ke-24 meraih tiket ke pusingan 32 menerusi kemenangan 6-4, 6-1, 6-1.

Iklan
Iklan

Pemain berusia 36 itu memerlukan 1 jam 59 minit untuk mengatasi Zapata Miralles.

Dalam keadaan panas dan lembap di Stadium Arthur Ashe, Djokovic membuat Miralles keletihan pada set pertama.

Iklan

Sebaik memasuki set kedua, juara tiga kali Terbuka AS itu terus mematikan langkah lawannya itu.

Biarpun dilihat mudah menewaskan Miralles, namun Djokovic tetap menganggap perlawanan itu sebagai mencabar.

Iklan

"Ia adalah perlawanan yang sukar, terutamanya pada set pertama. Saya tidak bermula dengan baik tetapi di set kedua dan ketiga lebih berkualiti.

"Saya gembira dengan cara saya menamatkan aksi ini,” ujar Djokovic.