15 maut kebakaran di Filipina

Iklan
Gambar hiasan

MANILA - Sejumlah 15 orang maut dalam kebakaran sebelum subuh pada Khamis yang memusnahkan sebuah rumah di Manila, Filipina, lapor Xinhua memetik Biro Perlindungan Kebakaran.

Biro itu berkata, tiga lagi terselamat dalam kebakaran yang berlaku kira-kira 5.30 pagi waktu tempatan.

Iklan
Iklan

Bomba mengambil masa hampir tiga jam untuk memadamkan kebakaran.

Mangsa terdiri daripada ahli keluarga dan pekerja yang tinggal di rumah di Quezon City itu. - Bernama.

Iklan
Iklan