MELAKA - Perjalanan seorang remaja lelaki untuk pulang ke rumah selepas bertemu rakan pada malam sambutan ambang merdeka, tidak kesampaian setelah maut dalam kemalangan di Jalan Persisiran Pantai Klebang di sini, pada pagi Khamis.
Dalam kejadian jam 2.23 pagi, mangsa yang juga merupakan pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah, Muhammad Thaqif Mohd Firdaus,16, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z datang dari bandar menghala ke Pantau Puteri.
Menurutnya, setiba di lokasi kejadian motosikal mangsa hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri jalan.
"Akibat pelanggaran itu, mangsa maut di tempat kejadian dan tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut namun siasatan masih diteruskan," katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.
Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensim Hospital Melaka dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.