58 maut dalam kebakaran bangunan di Johannesburg

Iklan
Operasi menyelamat sedang dijalankan dalam kebakaran di sebuah bangunan bertingkat di bandar Johannesburg, Afrika Selatan. - Foto AP

JOHANNESBURG - Sekurang-kurangnya 58 orang maut dalam kebakaran di sebuah bangunan bertingkat di bandar Johannesburg, Afrika Selatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa), memetik perkhidmatan kecemasan tempatan pada Khamis.

Sekurang-kurangnya 43 lagi cedera, kata jurucakap Perkhidmatan Pengurusan Kecemasan Johannesburg, Robert Mulaudzi.

Iklan
Iklan

Mulaudzi berkata, angka kematian mungkin meningkat kerana usaha mencari mangsa masih diteruskan. - Bernama

Iklan
Iklan