Anwar enggan ulas isu jawatan PM

Iklan
Anwar

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibarahim enggan mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang menganggapnya tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana statusnya sebagai seorang banduan.

Anwar yang ditemui sewaktu menziarahi pemain dram kumpulan rock Search, Yazit Ahmad, 57, di rumahnya di Wangsa Maju di sini hari ini hanya membalas dengan senyuman sewaktu diminta mengulas berkenaan isu tersebut.

Iklan
Iklan

Beliau menyerahkan kepada peguamnya untuk merujuk isu tersebut.

"Banyak lagi kerja nak buat daripada nak layan dia (Takiyuddin). Baik tanya peguam (saya)," katanya ringkas.

Iklan

Takiyuddin dalam satu ceramah di Sandakan, Sabah Rabu lalu, mempersoalkan kesanggupan rakyat menerima bekas banduan seperti Anwar menjadi Perdana Menteri.

"Sebagai peguam, kita tahu apabila seorang keluar daripada penjara, status seumur hidup (nya) adalah banduan.

Iklan

"Jadi, mahu kita menjadikan seorang ini sebagai PM kita?” soalnya yang dibalas hadirin dengan jawapan"tidak”.

Sementara itu, Anwar meluangkan masa kira-kira 10 minit melawat Yazid selepas melawat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib dan pendakwah, Datuk Ismail Kamus.

Beliau tiba kira-kira jam 3.20 petang ditemani Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.