Kesatuan AEON BiG masih antara terbaik di seluruh dunia

Iklan
Muhammad Hider bersama 24 peserta lain ketika menghadiri '6th Uni World Conference' di Philadelphia, Amerika Syarikat pada 26 hingga 30 Ogos 2023.

SHAH ALAM - Kesatuan AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON BiG) masih dikategorikan sebagai terbaik di seluruh dunia memandangkan hubungan 'smart partnership' yang terjalin antara kesatuan dengan pihak majikan dapat mencapai keharmonian dalam pekerjaan.

Presiden Kesatuan AEON BiG, Muhammad Hider Md Yusoff berkata, jika dilihat hujah-hujah yang diberi sepanjang tempoh persidangan '6th Uni World Conference', masih terdapat banyak lagi negara mendakwa pengurusan mereka zalim dan tidak memberi satu pendekatan berhemah.

Muhammad Hider

Iklan
Iklan

"Saya mengambil pendekatan atau boleh dikatakan yang AEON BiG masih terbaik jika hendak dibandingkan dengan kesatuan-kesatuan yang lain. Kalau diambil kira mengenai 'smart partnership', negara-negara lain masih jauh berbanding Malaysia kerana kita di sini telah pun menjalinkan hubungan baik antara kesatuan dan pihak majikan.

"Dalam pada itu, kita juga mendapat pendedahan akan kesusahan yang dihadapi dari negara-negara lain dan kenapa kita perlu menubuhkan kesatuan sekerja? Hanya dengan adanya kesatuan sekerja maka pembelaan itu akan diberi," ujarnya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Tambah Muhammad Hider, melalui persidangan tersebut, pihaknya turut berkongsi cara untuk membentuk satu hubungan dengan pihak majikan dan juga kerajaan supaya pekerja itu sendiri dapat dinilai secara terbaik.

Muhammad Hider (dua dari kanan) ketika menghadiri '6th Uni World Conference' di Philadelphia, Amerika Syarikat pada 26 hingga 30 Ogos 2023.

"Perkongsian itu melibatkan rundingan antara kesatuan dengan pihak majikan yang mana seperti kebiasaannya di Malaysia sentiasa mengamalkan 'smart partnership'.

Iklan

"Dengan adanya 'smart partnership' ini, saya rasa kita boleh mencapai keharmonian bagi kedua belah pihak, baik pekerja mahupun pihak majikan," jelasnya.

Beliau turut berkongsi kebaikan yang telah dicapai hasil kerjasama kesatuan dan syarikat AEON BiG ketika persidangan itu berlangsung.

Muhammad Hider memberi contoh, ketika pandemik Covid-19 berlaku, syarikat di Malaysia mahupun di seluruh dunia mengalami kesukaran dan terkesan.

"Kebanyakan syarikat telah memohon kepada pihak kesatuan untuk menimbal balik 'collective agreement' mereka selaras dengan keadaan syarikat namun ia tidak berlaku walaupun syarikat mengalami kesukaran sepanjang tempoh pandemik," katanya.