Bayern Munich, Manchester United satu kumpulan

Iklan
Bruno Fernandes antara mesin gol Manchester United musim ini.

JUARA Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) akan memulakan misi pemburuan trofi Liga Juara-Juara dalam Kumpulan F musim ini.

Angkatan pengendali Luis Enrique itu diundi bersama Borussia Dortmund pimpinan Edin Terzić, AC Milan (Stefano Pioli) dan Newcastle United (Eddie Howe) selepas undian pada Khamis.

Iklan
Iklan

Juara bertahan Manchester City kendalian Pep Guardiola akan menentang RB Leipzig (Marco Rose), Red Star Belgrade (Barak Bakhar) dan Young Boys (Raphaël Wicky) dalam Kumpulan G.

City merangkul kejuaraan berprestij kelab benua Eropah pertama sebelum ini dijangka tidak berdepan masalah mara ke pusingan 16 terakhir, setelah membelasah Leipzig 7-0 tahun lalu.

Iklan

Sementara itu, juara 14 kali Real Madrid asuhan Carlo Ancelotti akan menentang juara Serie A Napoli seliaan Rudi Garcia, Braga (Artur Jorge) dan Union Berlin (Urs Fischer) dalam Kumpulan C.

Pemain utama dari Bundesliga Jerman, Bayern Munich pimpinan Thomas Tuchel akan menentang Manchester United asuhan Erik ten Hag, FC Copenhagen (Jacob Neestrup) dan Galatasaray (Okan Buruk) dalam Kumpulan A.

Iklan

Naib juara musim lalu Inter Milan janaan Simone Inzaghi bertemu Benfica (Roger Schmidt) RB Salzburg (Gerhard Struber) dan Real Sociedad (Imanol Alguacil) dalam Kumpulan D.

Juara LaLiga Barcelona pacuan Xavi Hernandez pula menentang Porto FC jelmaan Sergio Conceicao, Shakhtar Donetsk (Patrick van Leeuwen) dan Royal Antwerp (Mark van Bommel) dalam Kumpulan H.

Kumpulan E pula dianggotai Feyenoord Rotterdam kendalian Arne Slot berdepan Atletico Madrid (Diego Simeone), Societa Sportiva Lazio (Maurizio Sarri) dan Celtic (Brendan Rodgers).

Peringkat kumpulan Liga Juara-Juara akan bermula pada 19 September dan berakhir pada 13 Disember.

Peringkat kalah mati pula bermula pada Februari, dengan perlawanan akhir berlangsung di Stadium Wembley London pada Jun.