Yakin PH-BN menangi PRK Pulai

Iklan
Saarani (empat, kanan), pada program Soal Jawab Penerangan Isu Semasa UMNO Johor, di sini, malam Khamis.

JOHOR BAHRU – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Saarani Mohamad yakin gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) mampu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK), Parlimen Pulai kali ini.

Pengerusi BN dan Badan Perhubungan UMNO Perak itu berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada kerja kuat yang dilakukan jentera PRK parlimen berkenaan dalam memenangi hati pengundi.

Iklan
Iklan

"PRK Pulai kali ini adalah untuk kita menang semula kawasan parlimen yang telah dimenangi oleh salah seorang ahli parlimen yang mewakili PH dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

Saarani berkata demikian pada sidang media setelah menyempurnakan perasmian program Soal Jawab Penerangan Isu Semasa UMNO Johor, di sini, malam Khamis.

Iklan

Hadir sama, Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman dan Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Jais Sarday.

Selain PRK Parlimen Pulai, PRK bagi DUN Simpang Jeram, turut diadakan ketika ini berikutan kematian penyandangnya yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, 24 Julai lalu.

Iklan

Sementara itu beliau berkata, beberapa individu berpengaruh sudah ‘diturunkan’ ke Pulai bagi membantu kempen calon PH-BN pada PRK kali ini.

Bagaimanapun katanya, perkara berkenaan tidak dapat didedahkan lebih lanjut bagi memastikan kelancaran kempen calon.

"Kita dah turunkan orang-orang berpengaruhlah... tapi bilangannya saya tak ada figure, namun niat kita adalah untuk sama-sama membantu.

"Tapi terlebih dahulu kita kena ada chemistry dengan jentera tempatan bagi memahami tentang isu dan masalah supaya kita nanti dapat turun bersama-sama dengan jentera tempatan untuk kita berikan penjelasan dan paling penting kita nak memenangi hati pengundi hingga ke tempat mengundi nanti,” katanya.