Perubahan DAP beri keyakinan UMNO bekerjasama dalam gabungan PH-BN

Iklan
Saarani (dua dari kiri) bersama Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Md Jais Sarday pada program Soal Jawab Penerangan Isu Semasa UMNO Johor, di sini malam Khamis.

JOHOR BAHRU – Perubahan ditunjukkan DAP cukup memberikan keyakinan kepada UMNO untuk menerima dan bekerjasama dengan parti berkenaan dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara mengenai Fasal 153 Perlembagaan sudah dibincangkan dan dipersetujui sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, perkara itu turut diakui oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Steven Sim dalam beberapa siri ucapan mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

"Selama ini yang menghantui hubungan UMNO dengan DAP ialah dahulunya parti itu dikatakan tidak berapa mesra dengan perjuangan orang Melayu dan dikatakan dahulu DAP menentang hak istimewa orang Melayu, tidak bersetuju dengan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, namun itu dahulu.

Iklan

"Itu sudah cukup untuk menunjukkan DAP kini sudah pun berubah dan bersama-sama dengan haluan UMNO yang selama ini mendukung Perlembagaan Malaysia,” katanya.

Saarani berkata demikian pada pada sidang media setelah menyempurnakan merasmikan program Soal Jawab Penerangan Isu Semasa UMNO Johor, di sini, malam Khamis.

Iklan

Hadir sama, Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman dan Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Jais Sarday.

Sementara itu, Saarani berkata, kini sudah tidak ada masalah untuk UMNO khususnya orang Melayu menerima dan bekerjasama dengan DAP.

Bagaimanapun katanya, perkara tersebut sudah pasti akakan menerima pelbagai tentangan daripada pihak yagn mahu menyaksikan perpecahan antara kedua-dua parti.

"Sekarang ni dah tak ada masalah lagi (untuk orang Melayu terima DAP)...cuma sudah tentu ada fitnah atau hasutan yang dibuat oleh pihak lawan untuk memecah belahkan perpaduan antara UMNO dan DAP yang menganggotai gabungan PH-BN ini,” katanya.