140 permit ceramah, kempen PRK diluluskan - Polis Johor

Iklan
Polis Johor sudah meluluskan 140 permit ceramah dan kempen sempena PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram sejak 26 Ogos lalu hingga Khamis.

JOHOR BAHRU - Polis Johor sudah meluluskan 140 permit ceramah dan kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram sejak 26 Ogos lalu hingga Khamis.

Jurucakap Media PRK Johor, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, jumlah itu adalah daripada 148 permohonan yang diterima pihak polis.

Iklan
Iklan

"Pada Khamis, sebanyak 22 permit ceramah dan kempen PRK diluluskan kawasan Parlimen Pulai dan 19 permit ceramah dan kempen bagi DUN Simpang Jeram.

"Dua kertas siasatan juga sudah dibuka sepanjang tempoh berkempen, membabitkan peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Sementara itu, Polis Johor menasihatkan supaya semua parti serta kumpulan penyokong menghormati antara satu sama lain serta tidak melakukan kerosakan terhadap poster, banner, bendera, kain rentang mana-mana parti politik dengan mencabut atau membakarnya.

"Ini kerana, ia merupakan satu perbuatan khianat dan menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Iklan

"Sekiranya, berdepan sebarang permasalahan yang timbul, mana-mana pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya berlandaskan undang-undang yang sedia ada," ujarnya.