Covid-19: Qatar kesan kes pertama varian baharu EG.5

Iklan
EG.5 ialah sub-varian Omicron XBB.1.9.2. dan kes pertama berkaitan EG.5 dilaporkan pada Februari. - Foto Bernama

DOHA - Qatar mengesan kes pertama varian baharu Covid-19 dikenali EG.5 di negara itu, kata Kementerian Kesihatan Awam pada Khamis.

Jumlah sebenar jangkitan tidak dinyatakan namum kementerian itu berkata kes jangkitan menunjukkan simptom ringan dan tidak memerlukan kemasukan ke hospital.

Iklan
Iklan

Kementerian berkenaan sedang memantau dengan teliti situasi epidemiologi berhubung subvarian Covid-19 baharu itu, lapor Xinhua.

EG.5 ialah sub-varian Omicron XBB.1.9.2. dan kes pertama berkaitan EG.5 dilaporkan pada Februari.

Iklan
Iklan

Pada 9 Ogos, Pertubuhan Kesihatan Sedunia meletakkannya sebagai"variant of interest", namun menyatakan bahawa varian itu hanya menimbulkan risiko rendah kepada kesihatan awam. - Bernama