LANGKAWI - Dua remaja meninggal dunia di Hospital Sultanah Maliha selepas cedera parah akibat kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Lebuhraya Langkawi, di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata, mangsa, Muhammad Fizz Razwail Zainuddin,18, disahkan meninggal dunia pada jam 10.53 malam Khamis, manakala Muhammad Haikal Hakim Che Isa,18, pada jam 8.59 pagi Jumaat.