'BN memang gila kuasa tapi Pas jauh lebih teruk' - Saarani

Iklan
Saarani berucap pada program berkenaan.

JOHOR BAHRU -"Barisan Nasional (BN) memang gila kuasa tapi Pas jauh lebih teruk daripada itu,"

Itu reaksi Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika berucap pada program Penerangan Isu Semasa: Anda Tanya Saya Jawab, di Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat, pada Khamis.

Iklan
Iklan

Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak itu berkata, mana-mana parti politik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bertanding pada pilihan raya sememangnya bertujuan mendapatkan kuasa untuk mentadbir sama ada di peringkat kerajaan negeri atau Persekutuan.

Bagaimanapun katanya, perkara itu perlu disusuli dengan perjuangan murni tanpa mengorbankan prinsip parti bagi membela nasib rakyat, orang Melayu serta agama Islam khususnya di negara ini.

Iklan
Saarani

"Itulah perkara yang berlaku di Perak apabila kita bersetuju untuk menjadi negeri pertama menubuhkan Kerajaan Perpaduan dengan mengadakan kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Dalam rundingan itu, DAP khususnya bersetuju untuk menghormati prinsip perjuangan parti termasuklah tidak membangkitkan lagi isu tuntutan hak milik tanah 999 tahun untuk kampung-kampung baharu di Perak.

Iklan

"BN Perak yang memenangi sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika itu turut mendengar rundingan daripada Pas untuk menubuhkan kerajaan Negeri 100 peratus lslam, namun tidak ada apa-apa tawaran yang diberikan kepada kita," katanya ketika berucap pada program di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, malam tadi.

Hadir sama, Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman dan Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Jais Sarday.

Sementara itu, Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata, apa yang berlaku pada PRU15 itu tidaklah seburuk pengkhianatan yang dilakukan Pas pada PRU14 lalu.

Katanya, tindakan Pas ketika itu boleh diumpamakan seperti 'menikam dari belakang' sebelum berpaling menubuhkan kerajaan bersama PH.

"Pada PRU14, tidak ada mana-mana parti yang mendapat majoriti... BN ketika itu memenangi 27 daripada 59 kerusi DUN, semua 27 kerusi DUN itu disumbangkan oleh UMNO.

"Pas pada ketika itu hanya memperoleh tiga kerusi sahaja, cukup untuk BN-Pas bekerjasama membentuk kerajaan negeri dan segala tawaran yang diminta kita tunaikan termasuklah jaminan bagi jawatan exco kerajaan negeri dan kita meterai kerjasama itu dengan menandatangani perjanjian.

"Bagaimanapun, hanya beberapa jam sebelum kita menghadap Sultan Perak untuk mengangkat sumpah, mereka (Pas), khianati kita dan batalkan perjuangan itu.

Parti seperti inikah yang perlu kita bergabung hanya kerana turut memperjuangkan Islam?" katanya.