PRK: Suhaizan ingin bina jeti baharu untuk Orang Asli di Pulai

Iklan
Suhaizan (tengah) menyertai sukan tarik tali bersama masyarakat Orang Asli Seletar pada Program Sukan Rakyat Orang Asli di Kampung Sungai Temun pada Jumaat. - Foto Bernama

JOHOR BHARU - Keluhaan masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Temon dan Kampung Bakar Batu berkenaan kemudahan jeti yang telah uzur di kampung itu mendapat perhatian calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat.

Suhaizan berkata, sekiranya diberikan mandat menjadi wakil rakyat di situ, beliau berhasrat untuk menyediakan kemudahan jeti baharu selain memberi perhatian sewajarnya terhadap keperluan lain kaum itu untuk memastikan mereka tidak terpinggir daripada pembangunan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, antaranya kemudahan lampu jalan yang baharu serta pembinaan dewan terbuka awam untuk menjalankan aktiviti masyarakat kampung, seperti yang dibangkitkan penduduk.

"Mereka mengutarakan permintaan untuk menambah lampu jalan dan jeti yang baharu kerana jeti sedia ada sudah uzur.

Iklan

"Komuniti di sini majoritinya bekerja sebagai nelayan dan jeti ini juga digunakan oleh nelayan dari kawasan lain. Mereka mahu ia dibaiki untuk memudahkan melayan menaikkan hasil tangkapan,” katanya kepada pemberita selepas program bersama komuniti Orang Asli di kampung itu pada Jumaat.

Masyarakat Orang Asli bersemangat menyertai acara mengupas kelapa menggunakan kayu.


Mengulas tentang perkara itu, Suhaizan berkata, beliau telah merancang beberapa penyelesaian untuk meningkatkan kesedaran serta peluang pendidikan untuk Orang Asli supaya generasi baharu masyarakat itu tidak keciciran dalam bidang pelajaran.

Iklan

"Dari segi pendidikan, anak-anak di sini mesti diberikan motivasi pendidikan dan insentif untuk merangsang mereka pergi ke sekolah dan menjamin masa depan lebih baik.

"Kedudukan kawasan kampung ini agak terpinggir dari bandar dan sedikit jauh sikit dari sekolah, jadi perlu ada satu tindakan yang harus dibuat untuk memberi semangat kepada anak-anak ini untuk ke sekolah,” katanya.

Menurut rekod Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Johor, seramai 187 penduduk Kampung Orang Asli Sungai Temon dan 119 dari Kampung Orang Asli Bakar Batu, layak mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai pada 9 September ini.

Pada PRK Parlimen Pulai, Suhaizan berdepan saingan tiga penjuru menentang calon Perikatan Nasional Zulkifli Jaafar dan Samsudin Mohamad Fauzi yang akan bertanding sebagai calon Bebas.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka di dua kerusi berkenaan berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak dengan hari pengundian awal pada 5 September diikuti hari pengundian 9 September. - Bernama