ADUN Hulu Kinta dilantik Pengerusi Handal

Iklan
Muhamad Arafat

IPOH - [DIKEMAS KINI] Handal Energy Berhad (Handal) telah melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad sebagai Pengerusi Bebas dan Bukan Eksekutif berkuat kuasa Isnin lalu.

Memetik laporan The Edge Malaysia, pelantikan Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak itu dibuat lepas Tengku Baderul Zaman Sultan Mahmud, 48, yang juga adik kepada bekas Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin meletakkan jawatan pada 9 Ogos lalu.

Iklan
Iklan

Menurut syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia itu, Muhamad Arafat, 39, turut menganggotai Lembaga Perak Agro Aquaculture.

Dalam perkembangan sama, Handal telah melantik semula Pengarah Urusannya, Sunildeep Singh Dhaliwal sebagai Pengarah Eksekutif.

Iklan

Beliau menggantikan Tengku Munawir Islahuddin Tengku Noone Aziz yang melepaskan jawatan itu pada 9 Ogos lalu.

Sebelum ini, Sunildeep, 49, tidak lagi menjadi pemegang saham utama selepas melupuskan 6.23 peratus kepentingan dalam kumpulan itu. Kini beliau memiliki kepentingan tidak langsung sebanyak 0.18 peratus.

Iklan

Pada masa sama, Handal mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif, Jacqueline Fong Yean Yee, 46, kerana komitmen kerjanya.

Awal bulan ini, Handal turut mengumumkan pelantikan Xu Tiantian, 45, sebagai Pengarah Eksekutif baharu dan Yee Soon Jin, 55, sebagai Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif.