China bakal lancar empat pesawat angkasa lepas tahun depan

Iklan
Pesawat angkasa lepas kargo Tianzhou-7, Tianzhou-8, serta pesawat angkasa lepas pembawa angkasawan Shenzhou-18 dan Shenzhou-19 akan dilancarkan pada tahun depan. - Foto Agensi

BEIJING - Pejabat Projek Angkasa Lepas Pembawa Angkasawan China pada Khamis memaklumkan bahawa pesawat angkasa lepas kargo Tianzhou-7, Tianzhou-8, serta pesawat angkasa lepas pembawa angkasawan Shenzhou-18 dan Shenzhou-19 akan dilancarkan pada tahun depan.

Menurut agenda tugasan penerbangan tahunan 2024, Tianzhou-7 dan Tianzhou-8 akan dilancarkan di Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Wenchang, Hainan untuk membawa barang keperluan angkasawan dan barang keperluan tugasan aktiviti luar kenderaan (EVA).

Iklan
Iklan

Tianzhou-7 dan Tianzhou-8 juga akan membawa kelengkapan dan bahan pendorong untuk memastikan keselamatan operasi, pelbagai muatan dan sampel bagi kegunaan ke angkasa lepas, selain turut akan membawa pulang sampah yang terapung di laluan orbit.

Sementara itu, kapal pembawa angkasawan Shenzhou-18 dan Shenzhou-19 yang bakal dilancarkan di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan pula akan menghantar dua kru yang masing-masing terdiri daripada tiga orang angkasawan.

Iklan

Tugasan utama mereka termasuk melakukan EVA, menjalankan eksperimen sains dan ujian teknologi angkasa lepas serta aktiviti penting lain seperti pendidikan.

Pada hari sama, pejabat itu turut mengumumkan untuk mengumpul secara terbuka empat logo misi penerbangan hingga 30 September akan datang.

Iklan

Individu atau pertubuhan dialu-alukan menyertai kempen itu dan pihak yang terpilih akan dipelawa ke tapak pelancaran untuk menyaksikan misi pelancaran pesawat angkasa lepas. - Bernama-CMG