Jepun catat rekod musim panas paling panas - JMA

Iklan
Foto yang diambil pada 30 Julai 2023 menunjukkan orang ramai menggunakan payung semasa berjalan di luar stesen Shinjuku berikutan suhu mencecah 35 darjah celcius. - Foto AFP

TOKYO - Jepun menyaksikan suhu purata tertinggi bagi musim panas kali ini sejak penyimpanan rekod bermula, lapor Xinhua.

Purata suhu bagi tempoh Jun-Ogos tahun ini melepasi paras biasa sebanyak 1.76 darjah celcius, melebihi rekod sebelum ini pada tahun 2010 iaitu 1.08 darjah, menjadikannya musim panas paling panas dalam sejarah Jepun sejak rekod bermula pada 1898, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Dalam mesyuarat panel JMA yang diadakan pada Isnin, pakar menyifatkan musim panas kali ini sebagai 'tidak normal'.

Antara 16 Julai dan 23 Ogos, rekod suhu maksimum telah dipecahkan di 106 daripada 915 lokasi pemantauan di seluruh Jepun, yang mencatatkan Julai sebagai bulan terpanas, diikuti Jun.

Iklan

Bermula pada akhir Julai, sistem tekanan tinggi dari Lautan Pasifik menyelubungi pulau utama Honshu, menyebabkan peningkatan suhu berlaku.

Pada Ogos, taufan yang menyeberangi perlahan-lahan ke utara membawa bersama jisim udara panas.

Iklan

Angin baratan yang bertiup pada latitud lebih tinggi berbanding biasa dan suhu permukaan laut yang tinggi antara unsur lain yang menyumbang kepada gelombang haba. - Bernama-Xinhua