BERITA SEMASA 1 SEPTEMBER 2023
UMNO Johor akan menggerakkan jentera untuk mengajar ahlinya terutama golongan warga emas memangkah logo Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, 9 September ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Iklan
Iklan
Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kemungkinan kekeliruan akan berlaku memandangkan logo Barisan Nasional (BN) yang secara tradisi tercetak atas kertas undi setiap kali pilihan raya, tidak terdapat pada PRK kali ini.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: www.bensound.com