Datang jauh semata-mata nak rasa 'Durian Ganu'

Iklan
Orang ramai memanfaatkan musim cuti persekolahan kali ini untuk menikmati pelbagai jenis durian, termasuk durian premium sempena Pesta Durian Ganu Kita di Dataran Jambatan Angkat, di sini pada Jumaat.

KUALA TERENGGANU - Orang ramai memanfaatkan musim cuti persekolahan kali ini untuk menikmati pelbagai jenis durian, termasuk durian premium sempena Pesta Durian Ganu Kita di Dataran Jambatan Angkat, di sini pada Jumaat.

Ada yang sanggup datang dari jauh termasuk dari Sabah semata-mata untuk merasai keenakan raja buah itu yang dijual pada harga berpatutan di pesta berkenaan.

Iklan
Iklan

Pengunjung dari Kota Kinabalu, Sabah, Norzaidah Madsad, 27, berkata, dia bersama keluarganya datang bercuti ke Terengganu sejak Rabu lalu tidak melepaskan peluang untuk menikmati durian dari negeri tersebut.

Norzaidah (depan, kanan) bersama keluarganya yang datang bercuti ke Terengganu sejak Rabu lepas tidak melepaskan peluang untuk menikmati durian Terengganu.

"Saya mendapat tahu tentang pesta ini menerusi banting (banner) di tepi jalan ketika bersiar-siar di sekitar Kuala Terengganu. Jadi saya tertarik untuk merasai durian di sini.

Iklan

"Difahamkan durian dari Marang terkenal dengan durian kampung premium yang sedap dan berkualiti, maka saya mengajak ahli keluarga lain datang ke pesta ini untuk menikmati secara santai makan raja buah itu," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Dia tertarik dengan konsep boleh makan terus di mana durian dibeli dapat dinikmati di meja makan yang disediakan pada pesta berkenaan.

Iklan

Sementara itu, jurutera, Haliza Ahmad Zubir, 40, memberitahu menikmati durian bersama suami dan anak-anaknya di pesta berkenaan lebih nikmat dalam suasana makan secara beramai-ramai.

Haliza menikmati durian bersama suami dan anak-anaknya di Pesta Durian Ganu Kita, di Dataran Jambatan Angkat Kuala Terengganu, pada Jumaat.

"Masa musim cuti sekolah ini anak-anak seronok dapat rasai pengalaman dalam suasana seperti ini. Harga durian di sini sangat berpatutan di mana satu bakul durian dijual sebanyak RM40.

"Suami juga ada membeli durian premium seperti musang king. Harga dijual sangat berpatutan dan kami berpuas hati dengan kualiti durian yang dijual di sini," ujarnya.

Pesta Durian Ganu Kita diadakan pada 1 hingga 2 September bermula jam 3 petang diadakan di Dataran Jambatan Angkat Kuala Terengganu.

Selain durian, pelbagai jualan lain berasaskan durian dijual antaranya anak pokok, pes tempoyak durian, cendol dan ais krim durian.