BANGKOk - Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn mengurangkan hukuman penjara terhadap bekas perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dari lapan tahun kepada setahun.
Tindakan itu dibuat selepas Thaksin, 74, yang beberapa hari pulang ke tanah air selepas 15 tahun hidup dalam buangan telah memohon pengampunan diraja pada 30 Ogos lalu atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa semasa memerintah.