PEMAIN Liverpool, Ibrahima Konate dan Thiago bakal terlepas aksi Liga Perdana Inggeris menentang Aston Villa di Stadium Anfield hujung minggu ini berikutan kecederaan, kata pengendali Jurgen Klopp.
Konate, pemain pertahanan tengah Perancis yang ketika ini bergelut dengan masalah otot sebelum itu terlepas kebangkitan Liverpool ke atas Newcastle United hujung minggu lalu.
Sementara itu, Thiago pemain tengah Brazil menjalani pembedahan pinggul sebelum permulaan musim sedang berusaha kembali semula ke prestasi terbaiknya.
Liverpool juga akan tanpa kapten Virgil Van Dijk selepas bek tengah itu dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain Newcastle United, Alexander Isak.
"Ibou (Konate) tidak akan bersedia untuk perlawanan itu. Curtis (Jones) kembali berlatih sepenuhnya. Thiago memulakan latihan bersama pasukan dan kemudian mengalami sedikit masalah, jadi kami perlu perlahan-lahan di sana.
"Thiago akan menggunakan masa rehat antarabangsa untuk itu, maka jelas sekali untuk mempercepatkan, saya cukup yakin itu sepatutnya cukup untuknya ketika itu,” kata Klopp
Dalam pada itu, Klopp mengekalkan penyerang Mohamed Salah tidak untuk dijual di tengah-tengah laporan minat kelab Arab Saudi Al-Ittihad apabila menyatakan" Tidak ada tawaran setakat yang saya tahu”.
Liverpool sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan Ryan Gravenberch dari juara Bundesliga Jerman, Bayern Munich, dengan media British melaporkan bahawa pemain tengah Belanda itu sedang menjalani pemeriksaan perubatan di kelab itu pada Jumaat.
"Kami tidak boleh bercakap tentang itu kerana belum ada apa-apa yang berlaku
"Ia adalah hari tarikh akhir, saya tidak mahu membunuh keterujaan orang ramai. Anda tidak pernah tahu. Tetapi saya sibuk hari ini dengan perkara lain,” katanya
Sebagai rekod, Liverpool kini berada di tangga ketiga liga dengan tujuh mata daripada tiga perlawanan, satu mata di atas Villa di tempat ketujuh.