PM hulur sumbangan kepada anak P Ramlee

Iklan
Ahmad Farhan ketika menziarahi Sazali dan isteri pada Jumaat. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menghulurkan sumbangan kepada anak seniman agung negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Sazali yang terlibat dengan kemalangan sehingga dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU).

Menerusi catatan di Facebook, penyerahan sumbangan itu disempurnakan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi petang tadi.

Iklan
Iklan

"Baru-baru ini timbul laporan yang memberitakan penderitaan yang merundung saudara Sazali yang merupakan anak kepada seniman agung negara, Almarhum P Ramlee.

Sazali menunjukkan foto lama kepada Ahmad Farhan. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

"Malang buat beliau tatkala terlibat dengan kemalangan sehingga jatuh dalam kategori orang kurang upaya (OKU) dan tidak lagi punya kekuatan untuk bekerja dan mencari rezeki. Kini isterinya memerlukan perhatian dan rawatan segera dari doktor akibat masalah tulang belakang dan saraf di leher,” katanya.

Iklan

Anwar dalam pada itu berharap sumbangan berkenaan dapat meringankan beban yang ditanggung Sazali dan isteri.

"Saya mendoakan urusan rawatan dipermudah serta lekas diberi kesembuhan oleh Allah SWT, insya-Allah,” katanya. - Bernama

Iklan