SHAH ALAM - Bersempena musim cuti persekolahan, terdapat berita baik untuk orang ramai terutamanya golongan ibu bapa apabila Jualan Gudang Karangkraf menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak pada Sabtu dan Ahad ini.
Antara aktiviti ilmiah yang akan diadakan ialah pertandingan mewarna, menulis mushaf, bertemu dengan penulis buku dan membaca buku nilai-nilai murni.
Eksekutif Pemasaran Buku Karangkraf, Nurul Shahirah Jasman berkata, Jualan Gudang Karangkraf adalah pilihan terbaik bagi ibu bapa yang masih mencari aktiviti sesuai untuk dilakukan bersama anak-anak mereka.
Menurutnya, anak-anak pasti berasa gembira kerana dapat mengisi masa lapang dengan melakukan pelbagai aktiviti luar.
"Kita buat pelbagai aktiviti bagi menarik perhatian ibu bapa untuk membawa anak-anak datang ke jualan gudang pada Sabtu dan Ahad ini.
"Anak-anak dapat menyertai pelbagai pertandingan sekali gus mencungkil bakat yang ada pada mereka,” katanya di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, lebih menarik, semua peserta akan menerima hadiah sagu hati apabila menyertai aktiviti yang dianjurkan itu.
"Kita dapat melihat keterujaan anak-anak terutamanya mereka yang berumur 12 tahun ke bawah apabila mendapat hadiah Buku Karangkraf.
"Selain itu, anak-anak juga dapat memilih buku diminati kerana harga yang ditawarkan di sini sangat murah dan berbaloi,” katanya.