KUALA LUMPUR - Bazar Ramadan Jalan Raja yang mula menjadi tumpuan warga kota pada malam minggu ini menerima kunjungan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.
Menerusi cicipan Twitter, beliau turut berkongsi beberapa gambar kunjungan bersama isteri malam tadi.
Allhamdulillah, saya dan isteri singgah di Bazar Ramadhan Dataran Merdeka melihat sendiri suasana bazar di samping bertanya khabar peniaga dan pengunjung yang hadir.
Insya-ALLAH segala kekurangan dan kelemahan akan diperbaiki pada masa akan datang,”katanya.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati semua lot perniagaan telah diisi peniaga.
Tinjauan pada sebelah siang kira-kira jam 12 tengah hari belum menampakkan pengunjung dalam jumlah yang ramai.
Bagaimanapun menjelang petang, kawasan tersebut mula menjadi tumpuan orang ramai tambahan pula dengan penganjuran Iftar@Kuala Lumpur.
Bilangan pengunjung dijangka terus meningkat malam ini dan operasi bazar yang sepatutnya sehingga jam 10 malam dipercayai dilanjutkan sehingga awal pagi bergantung kepada jumlah pengunjung.