Nahas 5 kenderaan: 6 sekeluarga disahkan maut

Iklan
Keadaan di Unit Forensik Hospital Segamat dipenuhi keluarga dan saudara mara.

SEGAMAT - Enam beranak yang maut dalam nahas lima kenderaan di kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, di sini petang Jumaat, disahkan identitinya.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 6.37 petang itu membabitkan sebuah Honda HRV, Proton Wira, Perodua Alza dan Perodua Bezza, selain lori membawa muatan pasir, berhampiran Loji Petronas.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, mangsa yang maut akibat kemalangan itu adalah pemandu Perodua Alza, Amir Ruddin Ismail, 46, serta isterinya, Norahimah Noor Muhamad, 43.

Turut maut anak pasangan terbabit iaitu Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Iklan

Manakala seorang lagi anak mangsa Abdullah, 15, dan pemandu lori dirawat di Hospital Segamat akibat parah di dada dan badan.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila Honda HRV yang bergerak dari arah Kuantan menghala ke arah Segamat memperlahankan kenderaan kerana di hadapannya terdapat kerja pembaikan jalan raya sebelum dirempuh lori pasir berkenaan dari arah belakang.

Iklan

"Lori pasir berkenaan memasuki laluan bertentangan lalu merempuh pula sebuah Perodua Alza dinaiki enam mangsa yang maut itu," katanya ketika dihubungi, pada Sabtu.

Laporan Sinar Harian.

Kesemua jenazah sudah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Segamat untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Saksi kejadian yang mempunyai maklumat menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Segamat (BSPTD) di talian 079325811 atau balai polis berhampiran," katanya.