'Sidang DUN pertama Kelantan, masa untuk suai kenal' - Dr Hafidzah

Iklan
Dr Hafidzah bersalam dengan kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam pertandingan pakaian bertemakan kemerdekaan.

KOTA BHARU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang pertama selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan, Selasa ini dianggap sebagai sesi perkenalan bersama rakan-rakan wakil rakyat yang lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH), DUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim berkata, memasuki dewan pada hari pertama juga merupakan satu permulaan beliau bersedia ke arah sesi persidangan dan perbahasan.

Iklan
Iklan

"Mungkin hari pertama hanya angkat sumpah, jadi inilah masanya untuk saya bersuai kenal dengan rakan-rakan lain dan mendengar taklimat daripada pihak Dewan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Program Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu anjuran Pertubuhan Ikram Malaysia negeri Kelantan pada Sabtu.

Iklan

Dr Hafidzah merupakan antara dua calon pembangkang yang memenangi kerusi pada PRN Kelantan.

Satu lagi calon ialah dari Barisan Nasional (BN) iaitu Mohd Shahbuddin Hashim yang memenangi DUN Galas.

Iklan

Sementara itu, ketika berucap, beliau menegaskan perpaduan dalam kelompok PPR penting bagi membolehkan suasana lebih tenang dan aman.

"Kita mungkin berbeza (kaum dan agama) tetapi hidup bersatu-padu akan membawa kepada kesejahteraan dan keamanan," katanya.

Pelbagai acara diadakan sempena program berkenaan termasuk pemberian pakaian terpakai secara percuma, pertandingan baju merdeka, persembahan silat dan pemeriksaan kesihatan percuma.