Kolo Muani nilai tambah penyudah PSG

Iklan
Kolo Muani (kiri) ketika beraksi bersama Eintracht Frankfurt menentang RB Leipzig di Berlin, pada 3 Jun lalu. FOTO: AFP

JUARA Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) telah menandatangani penyerang Perancis Randal Kolo Muani dari Eintracht Frankfurt dengan kontrak lima tahun.

Bayaran perpindahan untuk pemain berusia 24 tahun itu tidak didedahkan tetapi media Perancis berkata ia adalah 90 juta euro.

Iklan
Iklan

"Ya, saya amat seronok apabila dapat kembali semula ke tempat asal. Ya, saya amat tertarik dengan projek jangka panjang kelab ini.

"Sejujurnya saya amat tidak sabar untuk menyarung warna jersi pasukan ini, seterusnya bermain dalam warna kelab ini,” kata Kolo Muani.

Iklan

Sebagai rekod, Kolo Muani bermain 50 perlawanan dan menjaringkan 26 gol untuk jagoan Bundesliga itu selepas perpindahan dari Nantes pada Julai tahun lalu.

Malah, Kolo Muani mempunyai sembilan caps dan telah menjaringkan satu gol di bawah pengendali Perancis, Didier Deschamps.

Iklan

Paling menarik, Deschamps telah memasukkan Kolo Muani dalam skuadnya untuk kelayakan Euro 2024 menentang Ireland dan persahabatan dengan Jerman bulan ini.