China, Syria tak gentarkan Harimau Malaya

Iklan
Josue dan Dion Cools antara watak penting Harimau Malaya berdepan China serta Syria. - Foto FAM

STATUS pasukan China dan Syria yang berada di ranking bawah 100 dunia tidak menggentarkan Harimau Malaya untuk tampil dengan aksi terbaik pada perlawanan persahabatan di Chengdu, China, minggu depan.

Penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Paulo Josue berkata, skuad negara sudah bersedia untuk menghadapi cabaran tersebut dan berjanji akan cuba meraih keputusan positif.

Iklan
Iklan

"Ini adalah bola sepak, kadangkala pasukan di ranking bawah boleh menewaskan pasukan di ranking lebih tinggi. Kami sudah bersedia untuk berdepan cabaran ini.

"Jurulatih melakukan pilihan betul menentang pasukan kuat. Bola sepak adalah permainan 11 pemain lawan 11 pemain dan saya rasa kami mampu melakukan sesuatu dan ini akan menjadi perlawanan yang menarik," katanya kepada media pada Jumaat.

Iklan

Malaysia yang menghuni ranking ke-136 dunia akan berdepan Syria (ke-94 dunia) pada 6 September sebelum membuat perhitungan menentang pasukan tuan rumah (ke-80 dunia) pada 9 September.

Perlawanan menentang pasukan di ranking yang lebih baik itu sebagai rangka persiapan skuad negara menghadapi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada November sebelum mengharungi saingan Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari.

Iklan

Dalam pada itu, Josue yang telah meledak empat gol sejak membuat penampilan pertama bersama Harimau Malaya pada Mac lalu berikrar untuk terus mengekalkan persembahan terbaiknya pada perlawanan persahabatan ini.

Dia yang menjadi watak utama Harimau Malaya dalam empat kemenangan berturut-turut pada aksi persahabatan pada Mac serta Jun ketika menentang Turkmenistan, Hong Kong, Kepulauan Solomon dan Papua New guinea juga percaya skuad negara kini berada pada momentum terbaik.

"Jika saya diberikan pilihan, sudah tentu saya mahu jaringkan lebih banyak gol. Tetapi, ini perlawanan yang tidak mudah dan saya tahu tidak akan ada banyak gol terhasil.

"Siapa pun yang bermain perlu bersedia untuk membantu pasukan dan saya tidak kisah berada di posisi mana. Jika ada peluang untuk jaringkan gol, saya bersedia untuk melakukannya," katanya.