Bekas ADUN Pas Bukit Pasir sertai Amanah

Iklan
Mohamad (kiri) menerima borang keahlian daripada Najib (tiga kanan) pada Ceramah Kelompok Perpaduan sempena PRK DUN Simpang Jeram di Taman Desa, Muar pada malam Sabtu. - Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Bukit Pasir, Najib Lep mengumumkan penyertaan beliau dalam parti Amanah malam tadi.

Borang keahlian beliau diserah kepada Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam satu ceramah kelompok di Sungai Abong.

Iklan
Iklan

Mohamad ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya mengalu-alukan penyertaan Najib dan berharap beliau akan dapat menyumbang kepada pemerkasaan dan memperkuatkan parti.

Najib adalah satu-satunya wakil Pas di DUN Johor sebelum dibubarkan pada 22 Januari lalu bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan.

Iklan

Pada PRN Johor, Pas menggugurkan keahlian Najib daripada parti itu selepas memilih untuk bertanding sebagai calon Bebas apabila namanya tidak disenaraikan sebagai calon dan kemudiannya dilaporkan menyertai UMNO pada Oktober 2022.

Sementara itu, Mohamad berkata, penyerahan borang keahlian Amanah oleh bekas Exco Kerajaan negeri Johor pula akan diadakan di Taman Rekreasi Taman Uda Utama, Perling, Johor Bahru, hari ini.

Iklan

Pada Sabtu, Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata, penyertaan bekas Exco dan bekas ADUN daripada Bersatu dan Pas itu adalah satu isyarat yang jelas terhadap penerimaan kepada perjuangan Amanah yang membawa semangat Rahmah seperti yang ditunjukkan oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub. - Bernama