Pochettino mahu pemain Chelsea lebih matang

Iklan
Pochettino (kiri) memberikan arahan kepada Conor Gallagher ketika aksi menentang Forest pada Sabtu. - Foto AFP

MAURICO Pochettino mengharapkan pemain muda Chelsea perlu lebih matang selepas kekalahan mengejut 0-1 menentang Nottingham Forest di Stamford Bridge pada Sabtu.

Gol tunggal penyerang Forest, Anthony Elanga sudah cukup untuk memastikan kemenangan pelawat dan menyaksikan kekalahan kedua dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris buat Chelsea di bawah kendalian Pochettino.

Iklan
Iklan

Chelsea hanya menang sekali dalam saingan liga musim ini dan kini berada di tempat ke-11.

Pochettino mengekalkan kesebelasan utama yang menewaskan Luton 3-0 dalam aksi liga minggu lalu, tetapi pasukannya itu bergelut untuk menyaingi Forest.

Iklan

Penyerang muda England, Cole Palmer yang ditandatangani dari Manchester City pada Jumaat adalah salah seorang daripada beberapa pemain gantian yang diperkenalkan oleh Pochettino tetapi gagal menampilkan impak yang diharapkan.

"Kami tidak klinikal dalam kedua-dua kawasan. Kami melakukan kesilapan dan kemudian mencipta peluang, tetapi jika anda tidak menjaringkan gol, sukar untuk memenangi perlawanan.

Iklan

"Permainan ini akan membantu kami menjadi lebih matang. Ia bukan sahaja tentang kualiti, ia juga tentang bersaing dalam cara yang berbeza.

"Sudah tentu kami tidak boleh mengatakan bahawa kami tidak layak, tetapi dalam bola sepak statistik kadangkala menggambarkan apa yang anda lakukan.

"Dalam perlawanan ini, kami mencipta peluang tetapi kami tidak menjaringkan gol dan kami hanya mempunyai beberapa percubaan ke sasaran,” katanya.

Pemilik Chelsea telah membelanjakan lebih daripada £1 bilion untuk pemain baharu sejak membeli kelab itu daripada Roman Abramovich pada 2022, termasuk sekitar £380 juta untuk 10 pemain di bawah kendalian Pochettino.