Bellingham terus pamer ketajaman

Iklan
Jude Bellingham - Foto AFP

JUDE Bellingham menjadi wira Real Madrid menerusi jaringan minit ke-95 untuk memastikan kemenangan 2-1 ke atas Getafe sekali gus mengekalkan permulaan sempurna Los Blancos dalam saingan La Liga.

Pemain antarabangsa England itu menjaringkan gol kelimanya dalam empat perlawanan dan meneruskan momentum cemerlangnya bersama Real.

Iklan
Iklan

Joselu menyamakan kedudukan selepas bekas penyerang Madrid Borja Mayoral meletakkan pelawat di depan dalam perlawanan berlangsung di stadium yang baharu sahaja dinaik taraf.

Real memulakan musim dengan tiga perlawanan di tempat lawan ketika kerja ubah suai dilakukan terutamanya membabitkan bumbung mudah alih.

Iklan

"Ia satu suasana yang menakjubkan, ada sesuatu yang baharu. kepada pemberita. Saya rasa peminat memberikan sokongan luar biasa hari ini, ia adalah suasana yang lebih tertutup.

"Anda boleh merasakan bahawa peminat mahukan sesuatu. Ia akan menjadi bantuan yang sangat penting dan ia adalah hari yang bagus,” kata jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti

Iklan

Penyokong Madrid memberikan tepukan gemuruh selepas tamat perlawanan dan menyanyikan lagi popular The Beatles 'Hey Jude' yang ditujukan kepada Bellingham.

"Ketika mereka menyanyikan 'Hey Jude', saya rasa terharu. Saya hanya mahu berdiri tegak dan mendengar mereka. Kaki saya menggeletar," kata Bellingham kepada TV Real Madrid TV.

Bekas penyerang Borussia Dortmund itu kini menjaringkan lima daripada lapan gol Madrid dalam saingan La Liga musim ini sekali gus mengisi kekosongan ditinggalkan pemenang Ballon d'Or Karim Benzema.