Bergesel dengan motosikal rakan, remaja maut digilis

Iklan
Keadaan lokasi kejadian dalam kemalangan di KM9.7 Lebuhraya Kota Bharu-Ketereh pada Jumaat.

KOTA BHARU - Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal dan sebuah pacuan empat roda pada Jumaat.

Kemalangan kira-kira jam 10.15 malam di Kilometer 9.7 Lebuhraya Kota Bharu-Ketereh itu menyebabkan mangsa yang berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika sekumpulan penunggang motosikal termasuk mangsa dipercayai menunggang dengan kelajuan tinggi.

"Sebaik tiba di lokasi, mangsa yang menunggang motosikal Honda C-100 dari arah Kota Bharu ke Ketereh melalui Lebuhraya Rakyat tiba-tiba bergesel sesama sendiri dalam kumpulan penunggang itu.

Iklan

"Mangsa dan rakannya tiba-tiba terjatuh di lorong sebelah kanan jalan.

"Ketika itu, sebuah pacuan empat roda yang melalui arah sama terlanggar dan menggilis mangsa tetapi pemandunya melarikan diri dari lokasi itu," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Iklan

Mohd Rosdi memberitahu, mangsa yang bekerja sendiri dan beralamat di Pasir Puteh di sini mengalami kecederaan parah dan maut di lokasi manakala rakannya mengalami luka kecil.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun serta denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM50,000 jika sabit kesalahan.

Tambah beliau, polis memohon orang ramai yang melihat kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Ikhwan Mamat di talian 097752355.

.