Pesisir pantai Kuala Selangor terkawal, tiada limpahan air pasang besar

Iklan
Anggota bomba memantau fenomena air pasang besar di Pantai Remis Jeram pada Ahad.

KUALA SELANGOR - Keadaan pesisir pantai sekitar daerah Kuala Selangor dilaporkan terkawal dan tiada limpahan air berlaku berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku awal pagi Ahad.

Smart Selangor Command Centre (SSCC) berkata, pemantauan dilakukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor di empat kawasan di daerah itu bermula jam 7.35 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemantauan pertama dilakukan di Jeti Kampung Baru Kuala Selangor diikuti di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kuala Selangor pada jam 7.41 pagi.

"Dua lagi kawasan turut dipantau iaitu di Pantai Remis Jeram jam 8.01 pagi dan Pantai Jeram jam 8.10 pagi," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Iklan

Menurut SSCC, keadaan cuaca di keempat-empat kawasan itu baik dan tidak hujan yang berisiko mengakibatkan banjir terutama di kawasan rendah.

Jelas SSCC, fenomena air pasang besar memasuki hari ketiga pada Ahad merekodkan paras air laut setinggi 5.6 meter.

Iklan

"Paras air laut sama seperti semalam dan pada Jumaat mencatatkan bacaan lebih rendah iaitu setinggi 5.5 meter," ujar beliau.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya memantau keadaan cuaca semasa selain merujuk agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai.

Dalam pada itu, maklumat lanjut mengenai paras pasang surut boleh dilayari menerusi laman sesawang hydro.gov.my/ramalanpasangsurut.