KUANTAN - Hasrat mendapatkan keuntungan segera membawa padah kepada seorang pekebun sayur di Cameron Highlands apabila kerugian RM108,344 selepas skim pelaburan saham disertainya tidak wujud.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, lelaki berusia 34 tahun itu mendakwa menyertai pelaburan berkenaan menerusi pautan aplikasi WeChat pada Rabu lepas.