Bot dihiasi Jalur Gemilang

Iklan
Sebanyak 320 buah bot menyertai perarakan bot yang dihiasi Jalur Gemilang menyelusuri Sungai Terengganu bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Perarakan bot tersebut bermula dari tiga checkpoint utama iaitu Pulau Kekabu, Bukit Tunggal dan Pengkalan Kampung Tengah.

Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 pada 31 Ogos lepas bertemakan 'Malaysia MADANI; Tekad Perpaduan Penuhi Harapan' selari dengan tekad dan komitmen kerajaan untuk membangunkan sebuah negara dengan rakyatnya yang bersatu padu, memiliki semangat perpaduan tinggi serta hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.