PASIR PUTEH - Ketika satu demi satu pemimpin Umno meninggalkan parti, barisan pemudanya tidak boleh goyah malah mesti terus bersemangat mempertahankan perjuangan.
Ketua Pemuda Umno Pasir Puteh, Muhammad Saifullah Ali berkata, Pemuda Umno perlu bertenang dengan senario politik hari ini dan terus fokus kepada usaha memperkasakan parti.
Iklan
Iklan
Katanya, Pemuda wajar meletakkan kepercayaan penuh kepada pimpinan tertinggi parti.
"Kita kena kekal dengan perjuangan kita kerana kerajaan PH sekarang membawa negara kepada kehancuran, hubungan kaum tegang selepas lapan bulan PH berkuasa," katanya.
Tambah Muhammad Saifullah, Pemuda Umno juga akan menjadi barisan pertama yang menentang jika terdapat pemimpin pusat dan parti itu mahu menjalin kerjasama dengan parti tidak sehaluan seperti DAP.
"Kita akan terus menarik kepercayaan rakyat kepada Umno kerana terbukti Umno banyak menabur jasa kepada agama, bangsa dan negara," katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Tayangan Skrin Gergasi Final AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Vietnam di Rrestoran Amran Naziera Kitchen di sini, malam tadi.