SHAH ALAM - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di empat lima kawasan iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sarawak menunjukkan tahap tidak sihat setakat jam 10 malam Ahad.
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Shah Alam adalah 123, Putrajaya (111), Cheras (134), Nilai (138) dan Seri Aman, Sarawak (152).