Sedia saingi Dion Cools, Shahrul Saad

Iklan
Shahrul Nazeem

PEMAIN pertahanan, Sharul Nazeem Zulpakar sedia bersaing untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama Harimau Malaya ketika berdepan Syria dan China dalam aksi persahabatan di Chengdu, China pada Rabu dan Sabtu ini.

Menurut tonggak pertahanan Selangor FC itu, dia mahu membuktikan kualiti yang dimiliki sekiranya pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon menurunkannya dalam aksi persahabatan itu.

Iklan
Iklan

"Bukan mudah untuk bersaing merebut tempat sebab di bahagian pertahanan tengah itu ada pemain berpengalaman seperti Dion Cools, Shahrul Saad dan Dominic Tan yang sebelum ini dah lama bersama pasukan kebangsaan.

Pemain berusia 23 tahun itu tampil menyerlah di benteng Selangor FC dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) dan menjadi antara pemain muda harapan yang bakal menggalas tanggungjawab di posisi pertahanan tengah skuad negara.

Iklan

Namun, kelibatnya di posisi pertahanan tengah masih dibayangi oleh pemain yang lebih berpengalaman seperti Cools, Shahrul dan Dominic yang lebih menjadi kegemaran Pan-gon.

Dalam pada itu, Sharul Nazeem mengharapkan keputusan positif dapat dicapai ketika menentang Syria dan China sekali gus meningkatkan kedudukan ranking pasukan negara.

Iklan

"Saya mengharapkan agar kemenangan berjaya dicapai pasukan untuk menaikkan ranking negara. Untuk diri saya sendiri saya mahu buat yang terbaik dan mahu mendapat pengalaman daripada latihan coach Kim agar pengalaman itu dapat saya bawa ke kelab," katanya.